RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 19hb. Mei 2011
Masa : 09:00 am – 10:00 am (60 minit)
Kelas : 4
Bil. Pelajar : 24
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kenegaraan
Tajuk Pengajaran : Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia.
Objektif Pengajaran : Di akhir pelajaran, pelajar diharap dapat:
i. Menyenaraikan nama tokoh yang terlibat dalam rombongan rundingan kemerdekaan.
ii. Menyatakan nama Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama dengan betul.
iii. Menyatakan semula 4 daripada 5 peristiwa sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
iv. Menyatakan nama Yang Dipertuan Agong yang pertama.
Fokus Utama : 4.2 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang
sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 2
i. Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu yang dibincangkan.
8.2 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2
i. Membina ayat ayat majmuk dengan kata hubung
Isi Pelajaran i. Pengisytiharan Kemerdekaan
ii. Nama-nama Tokoh Kemerdekaan
ii. Pengisian Kemerdekaan
Aktiviti : 1. Murid menonton tayangan slaid powerpoint
yang ditayangkan oleh guru.
2. Murid diminta memberi pendapat tentang gambar
dalam slaid powerpoint yang ditayangkan.
3. Murid mendengar penerangan guru dan bersoal jawab
tentang isi pelajaran hari ini.
4. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang
Diedarkan oleh guru.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari tentang peristiwa-peristiwa
yang membawa ke arah kemerdekaan pada pelajaran yang
lepas.
Nilai-nilai Murni : Hormat menghormati, baik hati, kesyukuran, keberanian
dan kebebasan.
Alat Bantu Mengajar : Slaid power point, lembaran kerja dan gambar.
Refleksi : Murid dapat menyebut nama –nama perdana menteri
Malaysia dan tarikh penting kemerdekaan N egara
Malaysia.
Set Induksi : Guru meminta murid untuk memberikan tumpuan terhadap paparan gambar serta slaid powerpoint yang berkaitan dengan pelajaran hari ini. Selepas itu, guru bertanya kepada murid tentang gambar tersebut. Murid akan memberikan jawapan dan idea masing-masing. Selepas sesi perbincangan tersebut, guru akan menerangkan topik yang akan dipelajari hari ini.
Langkah/ masa | Kandungan | Strategi/ Kaedah/ / Penggunaan Media |
Set Induksi 10 Minit (9:00 – 9:10) | § Paparan gambar Tunku Abdul Rahman yang sedang melaungkan laungan merdeka. | Strategi
Kaedah
Penggunaan Media
|
Langkah 1 15 Minit (9:10 – 9:25) | Pengisytiharan dan Pengisian Kemerdekaan.
| Strategi
Kaedah
Penggunaan Media
|
Langkah 2 15 Minit (09:25 –09:40) | Pengisytiharan dan Pengisian Kemerdekaan.
| Strategi
Kaedah
Penggunaan Media
|
Langkah 3 15 Minit (09:40 –09:55) | Uji kefahaman murid.
| Strategi
Kaedah
Penggunaan Media
|
Penutup 5 Minit (09:55 – 10:00) | | Strategi
Kaedah
ABM - |
Kesimpulan : Guru membimbing murid untuk sama-sama mengimbas kembali
secara ringkas tentang topik yang telah dipelajari pada hari ini.
Penilaian : Menjawab soalan objektif yang diberikan dalam lembaran kerja.
Tugasan : Guru mengarahkan para pelajar untuk menulis karangan tentang
“Sambutan Kemerdekaan di Malaysia”. Karangan tersebut perlu
dihantar pada keesokan harinya.
Refleksi :
Ulasan Penyelia :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan