Jumaat, 24 Jun 2011

Latihan

Latihan: Jawab Soalan-soalan berikut dengan betul.


  1. Siapakah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?
A. Tunku Abdul Rahman        
B. Tun Dr. Mahathir Mohammad
C. Tun Hussin Onn

  1. Apakah nama suruhanjaya yang ditubuhkan untuk merangka perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu?
A. Suruhanjaya pilihanraya
B. suruhanjaya Reid            
 C. Suruhanjaya Karun

  1. Bilakah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu?
A.31 Januari 1975
B. 31 Ogos 1950
C. 31 Ogos 1957             


  1. Apakah nama parti yang memenangi pilihan raya yang pertama?
A.   Parti Perikatan    B. Berjaya     C. Parti Bersatu Sabah(PBS)

  1. Dimanakah pembacaan tarikh pengisytiharan kemerdekaan dilaksanakan?
A. Dataran Kota Kinabalu
B.Dataran Merdeka
C.Dataran  Titiwangsa


  1. Siapakah yang mengetuai rombongan kemerdekaan ke London?
___________________________________________________

  1. Nyatakan ahli yang terlibat dalam rombongan kemerdekaan ke London?
i. ____________________________
ii. ____________________________
iii. ____________________________






Aktiviti pengayaan.


A.   Siapakah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

____________________________________________________


B.    Dimanakah upacara penurunan bendera British dijalankan?
____________________________________________________


C.    Dimanakah Tunku Abdul Rahman telah melaungkan laungan keramat Merdeka!?
____________________________________________________

Nota Bahasa Melayu

Nota Pelajar

PENGISYTIHARAN DAN PENGISIAN KEMERDEKAAN
Setelah memperoleh persetujuan tentang kemerdekaan Tanah Melayu di London, Tunku Abdul Rahman berserta rombongan telah kembali ke Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman diiringi oleh penduduk Tanah Melayu sekembalinya dari London untuk mengisytiharkan tarikh kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman telah membacakan ‘Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu’ di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Tunku Abdul Rahman sedang mengumumkan tarikh kemerdekaan.

Kemudian, satu suruhanjaya, iaitu Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk merangka perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Setelah semua pihak bersetuju dengan perlembagaan itu, persiapan dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) bendera Union Jack telah diturunkan bagi menandakan tamatnya penjajahan British ke atas Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanda kemerdekaan.

Bendera Union Jack diturunkan sebagai tanda tamatnya penjajahan British.


Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman dengan penuh bersemangat melaungkan seruan MERDEKA! Sebanyak 7 kali pada pagi 31 Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Yang di-Pertuan Agong dang anggota kabinet kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.

Rph Bahasa Melayu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                    : 19hb. Mei 2011
Masa                                       : 09:00 am – 10:00 am (60 minit)
Kelas                                       : 4
Bil. Pelajar                             : 24
Mata Pelajaran                      : Bahasa Melayu
Tema                                      : Kenegaraan
Tajuk Pengajaran                 :  Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia.

Objektif Pengajaran             : Di akhir pelajaran, pelajar diharap dapat:
i.                     Menyenaraikan nama tokoh yang terlibat dalam rombongan rundingan kemerdekaan.
ii.                  Menyatakan nama Perdana Menteri Tanah Melayu  yang pertama dengan betul.
iii.                Menyatakan semula 4 daripada 5 peristiwa sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
iv.                Menyatakan nama Yang Dipertuan Agong yang pertama.
Fokus Utama                           : 4.2 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang
       sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 2
i.                    Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu yang dibincangkan.
8.2       Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras  2
i.                    Membina ayat ayat majmuk dengan kata hubung


Isi Pelajaran                           i. Pengisytiharan Kemerdekaan
                                                ii. Nama-nama Tokoh Kemerdekaan
ii. Pengisian Kemerdekaan

Aktiviti                                   : 1. Murid menonton tayangan slaid powerpoint
      yang ditayangkan oleh guru.
2.  Murid diminta  memberi pendapat tentang gambar 
     dalam slaid powerpoint yang ditayangkan.
3. Murid mendengar penerangan guru dan bersoal jawab 
    tentang isi pelajaran hari ini.
4. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang
    Diedarkan oleh guru.

Pengetahuan Sedia Ada       : Pelajar telah mempelajari tentang peristiwa-peristiwa
yang membawa ke arah kemerdekaan pada pelajaran yang 
lepas.
   

Nilai-nilai Murni                    : Hormat menghormati, baik hati, kesyukuran, keberanian
  dan kebebasan.

Alat Bantu Mengajar            : Slaid power point, lembaran kerja dan gambar.

Refleksi                                  : Murid dapat menyebut nama –nama perdana menteri
                                                   Malaysia dan tarikh penting kemerdekaan N egara
                                                 Malaysia.



Set Induksi                             : Guru meminta murid untuk memberikan tumpuan terhadap paparan gambar serta slaid powerpoint yang berkaitan dengan pelajaran  hari ini. Selepas itu, guru bertanya kepada murid tentang  gambar tersebut. Murid akan memberikan jawapan dan   idea masing-masing. Selepas sesi perbincangan tersebut, guru akan menerangkan topik yang akan dipelajari hari  ini.

Langkah/ masa
Kandungan
Strategi/ Kaedah/ / Penggunaan Media
Set Induksi
10 Minit
(9:00 – 9:10)

§  Paparan gambar Tunku Abdul Rahman yang sedang melaungkan laungan merdeka.

Strategi
  • Guru meminta murid untuk memberikan pendapat tentang paparan gambar yang sedang mereka perhatikan.

Kaedah
  • Sumbangsaran

Penggunaan Media
  • Gambar
  • powerpoint



Langkah 1
15 Minit
(9:10 – 9:25)

Pengisytiharan dan Pengisian Kemerdekaan.
  • Rombongan kemerdekaan telah kembali dari London.
  • Pembacaan pengisytiharan kemerdekaan..
  • Penubuhan Suruhanjaya Reid.




Strategi
  • Guru menerangkan dengan jelas kepada murid tentang pengisytiharan kemerdekaan.

Kaedah
  • Kuliah

Penggunaan Media
  • Slaid power point
  • Gambar

Langkah 2
15 Minit
(09:25 –09:40)

Pengisytiharan dan Pengisian Kemerdekaan.
  • Upacara penurunan bendera Union Jack.
  • Pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka.
  • Anggota kabinet pertama Tanah Melayu.

Strategi
  • Guru menerangkan dengan jelas kepada murid tentang pengisian kemerdekaan.

Kaedah
  • Kuliah
  • Penerangan

Penggunaan Media
  • Slaid power point
  • Gambar

Langkah 3
15 Minit
(09:40 –09:55)

Uji kefahaman murid.
  • Soalan berkaitan dengan topik yang telah dipelajari.

Strategi
  • Guru menguji tahap kefahaman murid dengan mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi soalan tentang topik pada hari ini..
  • Pelajar diberi masa selama 6 minit untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan.
  • Selepas masa tamat, guru meminta pelajar bertukar kertas soalan.
  • Guru bersama pelajar berbincang tentang soalan tersebut.
  • Pelajar memeriksa kertas rakan mereka.

Kaedah
  • Penyoalan
  • Perbincangan
  • Sumbangsaran

Penggunaan Media
  • Lembaran kerja



Penutup
5 Minit
(09:55 – 10:00)




Strategi
  • Guru membimbing murid untuk sama-sama mengulang kembali secara ringkas tentang topik yang telah dipelajari hari ini.
  • Kemudian memberikan tugasan untuk diselesaikan oleh murid dirumah..

Kaedah
  • Kuliah
  • Sumbangsaran
  • Perbincangan

ABM
-

Kesimpulan                : Guru membimbing murid untuk sama-sama mengimbas kembali
  secara ringkas tentang topik yang telah dipelajari pada hari ini.

Penilaian                    : Menjawab soalan objektif yang diberikan dalam lembaran kerja.

Tugasan                     : Guru mengarahkan para pelajar untuk menulis karangan tentang
  “Sambutan Kemerdekaan di Malaysia”. Karangan tersebut perlu    
   dihantar pada keesokan harinya.


Refleksi                      :


Ulasan Penyelia         :